Friday 18 September 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN JIRAN WARGA EMAS & JIRAN MUDA MASJID FELDA JENGKA 8 2009

Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H, Majlis Khatam Al Quran Jiran Warga Emas & Jiran Muda Masjid FELDA Jengka 8 di adakan di Masjid Ubudiah FELDA Jengka 8 disertai oleh Warga Emas dan Belia, program ini dipimpin oleh Imam Ramli b. Katio. Program Tadarus Al Quran Jiran Warga Emas dan Jiran Muda telah bermula pada 1 ramadan yang lalu hingga pada malam 27 ramadan ini, dengan empat kali khatam (secara tidak rasmi). Pada malam ini berakhirlah penantian semua peserta tadarus..setiap peserta mendapat cenderahati dan di akhiri program dengan bergambar beramai-ramai dan menikmati jamuan pulut kuning yang telah disediakan oleh Pengerusi Masjid FELDA Jengka 8 : En. Ali bin Malek.
" MOGA DITERIMA AMALAN BAIK DI BULAN BAROKAH INI , INSYAALLAH "
Semua Peserta bergambar kenang-kenangan..

Majlis Khatam Al Quran






" AL QURAN PEDOMAN HIDUP "
HAYATI BAIT LAGU..
AL QURAN.. KITAB SUCI KALAM TUHAN.. BACAAN UMAT YANG BERIMAN MENJADI AMAL IBADAT .. SEHARIAN..
AL -QURAN .. AAA KALAM TUHAN..
RAMADAN.. DI DALAMNYA TURUNNYA AL QURAN
BACALAH IA SEBAGAI AMALAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT


No comments:

Post a Comment