Monday 30 November 2009

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI FELDA JENGKA 8 2009

29 November 2009 (Ahad), Majlis berkhatan beramai-ramai Felda Jengka 8 2009.. Anjuran Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 (PEBEKIS).. telah diadakan di Dewan Gerakan Desa Wawasan Jengka 8. Seramai 25 orang peserta telah menyertai program tersebut. Petugas yang mengkhatankan peserta ialah En. Sariff b. Amin (Bekas Pembantu Perubatan Klinik Jengka 8) dan dibantu oleh anak buahnya.
Aturcara program :
7.00 pagi - Peserta berkumpul di hadapan kedai Hj Mustapha b. Daud
7.30 pagi - Peserta diarak diiringi pasukan kompang menuju ke Dewan Desa wawasan Jengka 8
- Makan Pagi
- Majlis bermula .. Ucapan Aluan
- Bacaan Doa .. En. Rahmat
- Acara Bersiram beramai-ramai
8.30 pagi - Majlis berkhatan dimulakan

Peserta yang telah dikhatankan, direhatkan dulu sebelum balik

Sebahagian ibubapa penjaga yang hadir ke program berkhatan..

Peserta menunggu giliran berkhatan...

Antara Urusetia program, Berdiri dari kiri : Shahrul , Mak Ngah (Ibu Pengerusi PEBEKIS),
Duduk dari kiri : Kak Milah, Rahmat, Ustaz Yussri, Azmi, Naser dan Shamsuri.

Bakal Imam Jengka 8 , En.Rahmat .. Membacakan doa sempena majlis berkhatan

Peserta dimandikan sebelum acara berkhatan dimulakan..

En.Sarif bin Amin (Petugas majlis Berkhatan) memberi bunga telor kepada semua peserta

Peserta disuap dengan pulut kuning oleh En.Hashim b. a Samad (Pengerusi KRT Jengka 8)

sebahagian peserta berkhatan

Urusetia Pendaftaran

3 comments:

  1. Tahniah kerana membina dan menguruskan blog ini. Tahniah juga kerana berjaya meneruskan persatuan belia J8 yang pernah saya perjuangkan 20 tahun lalu bersama rakan-rakan.

    Teruskan usaha kalian dan jangan lupa menyiarkan perkembangan terkini dalam blog ini bagi mengubat rindu kami di perantauan.

    Saya telah linkkan blog ini dalam blog saya. Kalau tidak keberatan diharap dapat membuat link ke blog saya.

    http://morhabshi.blogspot.com
    http://waadat.blogspot.com

    Bekas SU Belia J8

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga kerana bangunkan website untuk menunjukkan aktiviti masyarakat jengka 8. Saya mahu tahu... srikesidang ada FB tak?
    Kalau SK Jengka 8 adalah kan..
    Diharapkan website ini akan terus bergerak dan maju serta lebih cantik untuk menarik ramai pembaca khususnya anak2 dan penduduk kesidang (Jengka 8)seluruhnya. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas sokongan ... Insyaallah pihak kami akan sentiasa memperkemaskinikan blog ini dari masa ke semasa..

    ReplyDelete