Tuesday 29 December 2009

Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang Persatuan Belia Kesidang Jengka 8

Pada 29 November 2009 yang lalu tertubuhnya kelab kompang PEBEKIS (Nama Asal sebelum ditukar kepada Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang).. yang telah dilhamkan oleh Ustaz Yussri dan Pn. Jamilah memandangkan di Jengka 8 ini tiadanya pasukan kompang untuk mengiringi apa jua majlis yang ada di jengka 8 ini, walaupun majlis kecil dan besar spt perkahwinan dsb.
Guru untuk melatih pasukan ini ialah En.Azmi dr Felda Jengka 10..
Pasukan ini telah berjaya membuat persembahan pertama di Rumah En. Ibrahim b. Hassan kerana majlis Kenduri Kahwin anaknya.. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM150.00 sahaja...






Monday 30 November 2009

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI FELDA JENGKA 8 2009

29 November 2009 (Ahad), Majlis berkhatan beramai-ramai Felda Jengka 8 2009.. Anjuran Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 (PEBEKIS).. telah diadakan di Dewan Gerakan Desa Wawasan Jengka 8. Seramai 25 orang peserta telah menyertai program tersebut. Petugas yang mengkhatankan peserta ialah En. Sariff b. Amin (Bekas Pembantu Perubatan Klinik Jengka 8) dan dibantu oleh anak buahnya.
Aturcara program :
7.00 pagi - Peserta berkumpul di hadapan kedai Hj Mustapha b. Daud
7.30 pagi - Peserta diarak diiringi pasukan kompang menuju ke Dewan Desa wawasan Jengka 8
- Makan Pagi
- Majlis bermula .. Ucapan Aluan
- Bacaan Doa .. En. Rahmat
- Acara Bersiram beramai-ramai
8.30 pagi - Majlis berkhatan dimulakan

Peserta yang telah dikhatankan, direhatkan dulu sebelum balik

Sebahagian ibubapa penjaga yang hadir ke program berkhatan..

Peserta menunggu giliran berkhatan...

Antara Urusetia program, Berdiri dari kiri : Shahrul , Mak Ngah (Ibu Pengerusi PEBEKIS),
Duduk dari kiri : Kak Milah, Rahmat, Ustaz Yussri, Azmi, Naser dan Shamsuri.

Bakal Imam Jengka 8 , En.Rahmat .. Membacakan doa sempena majlis berkhatan

Peserta dimandikan sebelum acara berkhatan dimulakan..

En.Sarif bin Amin (Petugas majlis Berkhatan) memberi bunga telor kepada semua peserta

Peserta disuap dengan pulut kuning oleh En.Hashim b. a Samad (Pengerusi KRT Jengka 8)

sebahagian peserta berkhatan

Urusetia Pendaftaran

Monday 2 November 2009

Jelajah Ikon Belia FELDA Malaysia 2009

31 Oktober & 01 November 2009(Sabtu & Ahad) , telah berlangsung Program Jelajah IKON Belia FELDA Malaysia 2009 bertempat di FELDA Seri Pagi Jengka 17, Bandar Tun Abd Razak Jengka. Majlis penutup diadakan pada hari Ahad 01 Nov 2009 . Antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut ialah Kejohanan Bola Jaring, Futsal, Ceramah Agama, Kompang berirama, pameran jualan, Ceramah motivasi daripada IKON Malaysia. FELDA Kesidang Jengka 8 telah menghantar pasukan Bola Jaring dan mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam program itu. Di kalangan AJK Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 yang menghadiri program tersebut : Saudara Mohd Jamil b. Mat Daut (Setiausaha PEBEKIS), Saudara Mohd Yussri b. Mat Yusuf (Bendahari PEBEKIS), Saudara Azmi b. Jusoh (Biro Sukan PEBEKIS), Saudara Rahmat b. Abdullah dan Saudara Raduan b. Hassan (Biro Kebajikan PEBEKIS) , Saudari Amira bt. Ali (Biro Tugas-tugas Khas PEBEKIS) dan Saudara Mohd Nasir b. Jusoh (Ahli Biasa PEBEKIS).

























Saturday 10 October 2009

Majlis Jamuan Mesra Aidilfitri 1430H/2009M

Pada 10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430H (Sabtu) , Majlis Jamuan Mesra Aidilfitri 1430H/2009M telah diadakan di Perkarangan Dewan Desa Wawasan Jengka 8. Program ini dianjurkan bersama oleh JKKK, KRT Sri Kesidang Jengka 8, Persatuan Belia Kesidang Jengka 8(PEBEKIS), Badan Kebajikan Masjid, Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Felda Jengka 8. Acara bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang...



Kalau xde pakcik mat ni.. senyap sunyilah program pada hari ini...


Ape yang tok penghulu bualkan tu bersama Tn.Hj Syed dan Pakcik Abdullah tuuu..


Ha!! ni dia orang kuat masak.. Pakcik Mokhtar Man dan Pakcik Dollah Hashim


Khusyuknye... Ustaz Samad mendengar Cikgu Mat Husaini menerangkan sesuatu...


Dari kiri En. Halim, En. Khairuddin, Ustaz Samad, En. Alang (nampak muka sikit) dan Cikgu Mat Husaini


Hai Azmi!!, menyamar jugak jadi budak 7 tahun ke bawah!!!?? nak duit raya ketua kampung bagi...



Kak Azizah dan Shahrol...


Bergaya si Rais ni sambil makan sup.. , walau macammana pun suaplah sup tu dulu..beb!!



Ni dia keluarga Ustazah Azlina dan cikgu Mat Husaini


3 jejaka pilihan : Kamal , Shamsuri dan Cikgu Saiful


ewah! ewah !.. control macho tuu


Ucapan En. Mohamad Nasir b. Abdullah ( Pengurus FELDA Jengka 8)


Ucapan En. Hashim b. A Samad (Ketua Kampung Jengka 8)


3 jejaka pingitan... pilih yang mana berkenan!!!




Pengerusi Majlis Mohd Jamil b. Mat Daut