Monday 30 November 2009

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI FELDA JENGKA 8 2009

29 November 2009 (Ahad), Majlis berkhatan beramai-ramai Felda Jengka 8 2009.. Anjuran Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 (PEBEKIS).. telah diadakan di Dewan Gerakan Desa Wawasan Jengka 8. Seramai 25 orang peserta telah menyertai program tersebut. Petugas yang mengkhatankan peserta ialah En. Sariff b. Amin (Bekas Pembantu Perubatan Klinik Jengka 8) dan dibantu oleh anak buahnya.
Aturcara program :
7.00 pagi - Peserta berkumpul di hadapan kedai Hj Mustapha b. Daud
7.30 pagi - Peserta diarak diiringi pasukan kompang menuju ke Dewan Desa wawasan Jengka 8
- Makan Pagi
- Majlis bermula .. Ucapan Aluan
- Bacaan Doa .. En. Rahmat
- Acara Bersiram beramai-ramai
8.30 pagi - Majlis berkhatan dimulakan

Peserta yang telah dikhatankan, direhatkan dulu sebelum balik

Sebahagian ibubapa penjaga yang hadir ke program berkhatan..

Peserta menunggu giliran berkhatan...

Antara Urusetia program, Berdiri dari kiri : Shahrul , Mak Ngah (Ibu Pengerusi PEBEKIS),
Duduk dari kiri : Kak Milah, Rahmat, Ustaz Yussri, Azmi, Naser dan Shamsuri.

Bakal Imam Jengka 8 , En.Rahmat .. Membacakan doa sempena majlis berkhatan

Peserta dimandikan sebelum acara berkhatan dimulakan..

En.Sarif bin Amin (Petugas majlis Berkhatan) memberi bunga telor kepada semua peserta

Peserta disuap dengan pulut kuning oleh En.Hashim b. a Samad (Pengerusi KRT Jengka 8)

sebahagian peserta berkhatan

Urusetia Pendaftaran

Monday 2 November 2009

Jelajah Ikon Belia FELDA Malaysia 2009

31 Oktober & 01 November 2009(Sabtu & Ahad) , telah berlangsung Program Jelajah IKON Belia FELDA Malaysia 2009 bertempat di FELDA Seri Pagi Jengka 17, Bandar Tun Abd Razak Jengka. Majlis penutup diadakan pada hari Ahad 01 Nov 2009 . Antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut ialah Kejohanan Bola Jaring, Futsal, Ceramah Agama, Kompang berirama, pameran jualan, Ceramah motivasi daripada IKON Malaysia. FELDA Kesidang Jengka 8 telah menghantar pasukan Bola Jaring dan mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam program itu. Di kalangan AJK Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 yang menghadiri program tersebut : Saudara Mohd Jamil b. Mat Daut (Setiausaha PEBEKIS), Saudara Mohd Yussri b. Mat Yusuf (Bendahari PEBEKIS), Saudara Azmi b. Jusoh (Biro Sukan PEBEKIS), Saudara Rahmat b. Abdullah dan Saudara Raduan b. Hassan (Biro Kebajikan PEBEKIS) , Saudari Amira bt. Ali (Biro Tugas-tugas Khas PEBEKIS) dan Saudara Mohd Nasir b. Jusoh (Ahli Biasa PEBEKIS).