Saturday 30 May 2009

SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT FELDA JENGKA 8 TAHUN 2009
















Sabtu 30 Mei 2009, Sambutan hari ibu peringkat FELDA Jengka 8 anjuran KRT sri Kesidang Jengka 8 bersama JKKK, GPW , Badan Kebajikan Masjid , Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 (PEBEKIS) , telah diadakan bertempat di Perkarangan Dewan Gerakan Desa Wawasan Jengka 8 mulai jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang, penyertaan dari semua lapisan masyarakat yang berada di Felda jengka 8 ini, pelbagai acara diadakan antaranya senamrobik Poco-poco, mewarna kanak-kanak, sukaneka, pertandingan gubahan bunga palstik, masakan ikan talapia 3 rasa, masakan kek biasa, nasi dagang dan sireh junjung. Perasmian penutup oleh Wakil Pegawai Perpaduan Daerah Maran , En.nor azha b. ramlay..





Monday 25 May 2009

Bengkel & Karnival Usahawan Muda ICT Zon Timur 2009
















Pada 22 hingga 24 Mei 2009 (Jumaat hingga Ahad) , seramai 4 orang peserta dari PEBEKIS iaitu Ustaz Yussri , Cikgu Amri , Razlan dan Rahmad telah menyertai Bengkel & Karnival Usahawan Muda ICT Zon Timur 2009, bertempat di Centrepoint Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Antara pengisian program tersebut ialah Ice Breaking , asas pembangunan Blog , Pengiklanan Perkhidmatan secara online, pengiklanan dan jual beli secara online, Asas keselamatan dan Tarnsaksi perbankan online dan bengkel.

Kem Jatidiri Jiran Muda 2009
















Pada 01 hingga 03 Mei 2009 (Jumaat hingga Ahad) yang lalu, Jiran Muda KRT Sri Kesidang Jengka 8 telah mengadakan Kem Jati diri Jiran Muda bertempat di Kem ESMOKAFA , Kuala Tahan. Seramai 40 orang peserta telah menyertainya.

Wednesday 6 May 2009

Selamat Hari Pekerja..

Jumaat , 01 Mei 2009 .. Cuti hari pekerja hari ni,

SELAMAT HARI PEKERJA .. buat semua pekerja2 di seluruh negara terutamanya di SK Jengka 8 khususnya.. juga di seluruh pelusuk jengka 8 yang bekerjalah.. yang tak bekerja tuuu cuti sepanjang harilah...

dikesempatan cuti hari ini, satu mesyuarat lantikan AJK Rakan Muda Jengka 8 telah diadakan di jengka 8 ini, antara yang dilantik.. Pengerusi : Othman b. Mohd Nor , Naib Pengerusi : Suriyana bt. Khalid (Maksu), Setiausaha : Norazizah bt. Jamaluddin , Pen.Setiausaha : Norfadilah bt. Ibrahim, Bendahari : Mohd Shafiq bin Elias , Pen. Bendahari : Nurul Afiqah bt. Haris.., AJK2nya tak ingat lah pulok...

Ralat...

Mesyuarat AJK KRT Sri Kesidang Jengka 8 pada hari rabu 29 April 2009 , bukan pada hari khamis 29 April 2009.. harap maklum.. salah harilah pulok.. sorry2...

Mesyuarat AJK KRT Sri Kesidang Jengka 8











Khamis, 29 April 2009.. mesyuarat AJK KRT Sri Kesidang Jengka 8, dipengerusikan oleh En. Hashim bin A Samad, Pencatat minit En. Mohd Yussri b. Mat Yusuf selaku setiausaha dihadiri oleh AJK terdiri daripada Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran