Friday 18 September 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN JIRAN WARGA EMAS & JIRAN MUDA MASJID FELDA JENGKA 8 2009

Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H, Majlis Khatam Al Quran Jiran Warga Emas & Jiran Muda Masjid FELDA Jengka 8 di adakan di Masjid Ubudiah FELDA Jengka 8 disertai oleh Warga Emas dan Belia, program ini dipimpin oleh Imam Ramli b. Katio. Program Tadarus Al Quran Jiran Warga Emas dan Jiran Muda telah bermula pada 1 ramadan yang lalu hingga pada malam 27 ramadan ini, dengan empat kali khatam (secara tidak rasmi). Pada malam ini berakhirlah penantian semua peserta tadarus..setiap peserta mendapat cenderahati dan di akhiri program dengan bergambar beramai-ramai dan menikmati jamuan pulut kuning yang telah disediakan oleh Pengerusi Masjid FELDA Jengka 8 : En. Ali bin Malek.
" MOGA DITERIMA AMALAN BAIK DI BULAN BAROKAH INI , INSYAALLAH "
Semua Peserta bergambar kenang-kenangan..

Majlis Khatam Al Quran






" AL QURAN PEDOMAN HIDUP "
HAYATI BAIT LAGU..
AL QURAN.. KITAB SUCI KALAM TUHAN.. BACAAN UMAT YANG BERIMAN MENJADI AMAL IBADAT .. SEHARIAN..
AL -QURAN .. AAA KALAM TUHAN..
RAMADAN.. DI DALAMNYA TURUNNYA AL QURAN
BACALAH IA SEBAGAI AMALAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT


MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK (LKTP) JENGKA 8 2009

Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H.. Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2009 Peringkat Sekolah telah diadakan di SK (LKTP) Jengka 8, penglibatan oleh semua Guru, Murid dan kakitangan Sekolah..



Ucapan GPK Kokurikulum SK (LKTP) Jengka 8 : Pn. Norazi bt Mat Saud

Ucapan Puan Guru Besar SK (LKTP) Jengka 8 : Pn Sarimah bt. Ismail


Persembahan Murid


khusyuk... GPK 1 : Pn. Hjh Roszemah (Kanan) dan Pn. Sarina (kiri)


Sebahagian murid menyaksikan persembahan









Guru2 perempuan bersalaman


Murid2 bersalaman dengan guru sebelum bersurai





Program Khatam Al Quran Belia FELDA (MBFM) 2009 DI FELDA BELARA, KUALA TERENGGANU

Rabu, 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadan 1430H, Program Majlis Khatam Al Quran Belia FELDA (MBFM) 2009 telah diadakan di Masjid FELDA Belara, Kuala Terengganu Darul Iman, penyertaan terdiri daripada belia-belia di empat buah wilayah ,( wilayah Terengganu, Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuantan dan Wilayah Jengka). FELDA wilayah Jengka terdiri daripada 4 orang dari FELDA Kesidang Jengka 8 (Ustaz Mohd Yussri bin Mat Yusuf, Razlan bin Awang, Rahmat bin Abdullah dan Hanif bin Ahamad), 2 orang dari FELDA Melati Jengka 11, 3 orang dari FELDA Semarak Jengka 15 dan 2 orang dari FELDA Siantan Jengka 19.Program dimulai dengan Solat Zohor berjemaah, Tadarus Al Quran sebanyak 30 kumpulan, Khatam al Quran, Acara penutup di rasmikan oleh ADUN Kawasan Tepoh, Jamuan berbuka puasa, solat maghrib dan bersurai pada jam 8.00 malam.







Peserta Jengka 8: dari kiri Hanif , Ustaz Yussri , Rahmat dan Razlan


Bersama Cenderahati dari Ibu pejabat FELDA




Menikmati jamuan berbuka puasa
Hidangan dari FELDA Belara, Kuala Terengganu


Kumpulan-kumpulan Tadarus












Wednesday 16 September 2009

Ramadan kian melabuh tirainya..

Sepanjang bulan ramadan 1430H, SK (LKTP) Jengka 8 mengadakan program "Ihya Ramadan" bertadarus Al Quran. Ia dilakukan di dalam waktu rehat, terdiri daripada 8 buah kumpulan, murid2 telah dibahagi sama banyak dalam setiap kumpulan.