Wednesday 29 April 2009

meeting biro sukan PEBEKIS

Selasa , 28 April 2009.. biro sukan PEBEKIS Jengka 8 telah mengadakan mesyuarat untuk program mereka bagi tahun 2009 ini..
AJK nya terdiri : Puan Jamilah , En. Azmi , En. Shamsuri , Cik Suriyana (Maksu) dll...
moga kalian dapat mempertingkatkan lagi usaha untuk memajukan sukan di Jengka 8 ini..
good luck...

Setiap yang bernyawa Pasti Mati...

Isnin , 27 April 2009 .. telah terjadi lagi berita kematian iaitu En Nik Kar dari blok G Jengka 8 ini, telah kembali ke Rahmatullah di Negeri Kelahirannya iaitu Kelantan, dikebumikan juga di sana.. Al Fatihah
Moga Rohmu dicucuri Rahmat dan semoga di tempatkan bersama-sama orang2 yang soleh, insyaallah...
TAKZIAH kepada ahli keluarga beliau...

Monday 27 April 2009

Wanita di Jengka 8
















Pada 24 April 2009 (Jumaat), Jiran Wanita KRT Sri Kesidang Jengka 8 telah mengadakan program bulanannya, iaitu program bacaan yasin di buat secara setiap hujung bulan.. Tahniah kepada Pengerusi dan AJK Jiran Wanita ...

dari Allah kita Datang kepada Allah kita kembali...

Baru-baru ni, minggu lepas ada lagi kematian di jengka 8, En. Ahmad bin Egon dan En hamzah b. Sadali (hamzah kedai) telah kembali kerahmatullah ... dalam bulan april ni dah ramai yang pergi mengadap Allah.. AL Fatihah...
Moga roh-roh mereka di tempatkan bersama orang-orang Soleh.. Insyaallah..

Tuesday 14 April 2009

DALAM KENANGAN...


Encik Baharom bin Zakaria atau dikenali 'PAK OHM' , telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari rabu 08 April 2009 bersamaan 12 Rabiul akhir 1430H...
Allahyarham seorang insan yang banyak berjasa kepada Felda Jengka 8 ini, khususnya dalam persatuan belia kesidang Jengka 8 dan masyarakat amnya..
terutamanya di bidang masakan....,
seorang yang mudah mesra, penyayang, peramah ...
kini.. tiada lagi gelak tawa, usik mengusik Allahyarham bersama dengan ahli persatuan belia Kesidang Jengka 8....
" SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT, DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH "..
AL FATIHAH....