Sunday, 24 July 2011

Program Ziarah dan Gotong Royong Kubur 2011

Ahad ,24 Julai 2011 bersamaan 22 Syaaban 1432H - Biro Agama MBFM Jengka 8 dengan kerjasama Badan Khairat Kematian Jengka 8 telah mengadakan Program Ziarah dan Gotong Royong Kubur 2011 bertempat di Pusara Damai Jengka 8. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.



Berehat sekejap....


Firdaus dan Shafiq



Tuan Imam Haji Ramli b. Katio mengetuai Tahlil ...


Apa yang dibincangkan oleh Shikin dan makcik yah tuu..


muafakat membawa berkat ...




kau buat pe tu Jamil???? jumpe ke?? ..


Orang kuat GPW Pn Jamilah and the gang..


En Yussri membersihkan pusara arwah adiknya...


tebang zali tebang..!!


Takkan bawa cangkul je Tn. Haji Baderi ..???



Suasana selepas bergotong royong..



En Jamil (Pengerusi MBFM Jengka 8) bersama anak buahnya....


Saturday, 23 July 2011

Kembara Belia FELDA Bersama PDRM Wilayah Jengka 2011

Pada Sabtu, 23 Julai 2011 berlangsungnya program kembara belia felda bersama PDRM wilayah jengka 2011 Anjuran Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri di Felda Jengka 8 , majlis pelepasan dilaksanakan oleh YB Dr.Hj Ahmad Shukri b. Ismail ADUN Pulau Tawar.
















Thursday, 21 July 2011

Program Ziarah..

Rabu 20 Julai 2011 , AJK MBFM Jengka 8 menziarahi keluarga Penolong Setiausaha MBFM Jengka 8 ,Cik Siti Norashikin bt. Hamzah dan keluarganya. Pengerusi menyampaikan sumbangan derma kilat kepada ibu beliau di atas kembali ke rahmatullah ayahanda beliau pada 10 Julai 2011 yang lalu...

Wednesday, 20 July 2011

Kisah Rasulullah dan Buah Limau ..

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Keterangan:

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

sumber : syokislam.blogspot.com

Gambar Aktiviti Sambutan Hari Lahir Bulan Jun dan Julai ....